Wednesday, November 12, 2008

Apa penjodoh bilangan untuk Cupid ekh? [prekuel]

Putar semula dunia kembali ke 19 Oktober. Situasi dalam perjalanan ke Negeri Sembilan. Masih berada di PLUS Highway.

Tengah hari. Gua tengah memandu sederhana laju. Kereta Honda Civic milik 'Azman' depan gua mencanak-canak pergi. Gua tekan minyak lebih sikit, lengan kiri gua kena cubit. Gua buat gaya laju sikit nak kejar kereta Honda Civic milik 'Azman' sikit, handbag cap Bonia hinggap kuat kat lengan kanan gua.

Sakit la weh!!

Memandangkan kereta hitam gua not in a good condition, gua memandu mengikut peraturan. Keadaan kembali tenang. Gua dengan budak comel sebelah gua sembang-sembang kosong.

"Tolong ambik box kat back seat tu. Yang dalam plastik purple tu." ujar gua.

"Yang ni?" tanya budak comel sebelah gua setelah bungkusan itu ada kat pangkuan beliau.

"Haah. Buka la. It is for you." gua bercakap ala-ala drama TV3.

"Oh My God." terkedu.

Dalam hati gua, "Panah sekarang Cupid. Sekarang!"

Ini jam gua yakin si Cupid sudah kasi panah. Berjaya kot. Dalam hati gua bermudah-mudahan.

Budak comel sebelah gua baca satu kad serta buka hadiah dalam kotak putih itu. Masih terdiam sambil mulut separa ternganga lalu tersenyum.

"I just cant give you the answer right now." kata budak comel sebelah gua.

"Owh ok. Its up to you. It is your call." gua balas.

Dalam hati gua dah sangsi. Apa pasal budak comel sebelah gua ni tak direct kata "Yes, I do" macam cerita mat saleh itu?

Bila jadi macam ni, mesti ada yang tak kena ni. Apakah Cupid gua salah panah? Atau salah guna anak panah? Lantas hati gua rasa tak tenteram sampai ke destinasi gua itu hari.

9 comments:

otakseparapenuh said...

bab "Azman" tu mmg 'A'...agaknye "Azman" lu ni sama x ngan gua pnya "Azman"...hehe

CritiCalThinKer said...

ni apahal lu orang citer pasal orang laki2 nih.. gua nasehatkan lu balik ke jalan yang lurus balik bo
*tangan tutup belakang

Rajuna said...

ala ego la tu.
kalau kena gua, rembu.
gua hempok je balik dengan beg bonia!!


argh..gua panas baran.

ciKenit said...

eh?
ini kisah silam ni.
terkenang2 ke pe?
:p
huhu.

Rambo said...

otak - suke lu kalo gua cerita pasal 'Azman'

nas - hahaha silaka. jgn risau. gua ok.

rajuna - sabar2.

ciki - mmg la ciki. kisah si cupid. kan ke ada sekuel, prekuel ngn present story tu. hehehe

frH said...

cupid dah buat mengikut arahan yg betul & guna panah yg betul .. cuma hati si comel terlalu keras utk menusuk masuk ..

xpe, cuba lg. utk hati gadis comel yg lebih lembut ;)

Rambo said...

hahaha
btol tu. eh, apsal lu punya komen dah ada bait2 puisi ni. hmmmmm...

ilazz said...

kan dah soh pakai pestol. ndak gak pakai panah lagi.
degil la ko ni dik. :P

Rambo said...

mati nnti kak pakai pestol kang. ke pestol lain? muahahaha