Sunday, November 09, 2008

Selain dari dapat makwe, satu lagi perkara buat hati gua berbunga-bunga dan senyum gua bertahan 2 hari lamanya.

Kes ini memang sama simptom dengan dapat makwe. Mula-mula berdebar. Bila rasa ada progress sikit. Senyum. Lepas itu, mula la fikir macam-macam. Planning macam-macam. Hati tetap berdebar-debar. Dup dap dup dap. Laju.

Bila rasa ada yang tak kena je, mula la. Masam. Hati sakit. Jiwa kacau. Hisap rokok laju. Pada masa yang sama, fikir positif sikit. Masih ada peluang. Kembali tersenyum sambil berdebar.

Bila dah confirm pengisytiharan itu, gembira bukan main. Dia punya rasa nak bersorak tu, kalau boleh bagi satu taman tahu. Bagi semua orang dalam negeri tahu. Gua cakap sama lu! Tak kira bangsa, warna kulit wa'ima peringkat umur sekali pun semua nak kena bagitau.

Tiada lagi yang buat gua gembira, buat hati gua berbunga-bunga dan mampu buat gua tersenyum 2 hari lamanya selain daripada Arsenal kalahkan Manchester United. Memang real lah!

Gua malas nak review ini game. Gua bukan Shebby mahupun PJ Robert. Tidak sekalipun Hasbullah Awang. Tapi try tengok ini page. Dia rajin review. Gambar Gallas tengah hisap rokok pun dia ada.

Kan dah kena. Gua dah pesan awal-awal. Jangan yakin sangat. Takpe lah. Life cycle. Esok-esok mungkin gua kena pulak.

Bagi gua gembira sikit dua tiga hari ni boleh? Baru adil. Betul?

Sekejap, Christiano Ronaldo ada main kan? Apesal gua tak nampak dia score? Hmmm...

13 comments:

Hafez Rachwan said...

serba xkena si runuldo tu..
dok sebelah clichy kantoi, g kt sagna sangkut..
haihh rugi2 bayar 150k seminggu..

CritiCalThinKer said...

hahaha.. kesian jugak gua kenang2kan naseb beliau itu.

Rajuna said...

tapi NS cempaka ada peluang musim depan.

pipiyapong said...

nasri tu ada main iras iras gua tak?

Rambo said...

rachu - tu la dia. takpe la. xde nasib tu.

crtclthnkr - eh. kamu pn tgk juga?

rajuna - adeh. masuk liga mesia plak. ni mesti kes tak layan bola ni.

pipi - ada king. dari mula2 main bola ngn lu wa da dapat rasa aura 'little zidane' tu kat lu.

Yang Benar,

Rambo Van Persie

l.i.f.e said...

citer bola jugak

poyotito's said...

elok pijak je tengkuk runaldo tu

Rambo said...

life - nk buat camne. big match last saturday.

poyo - ish. bio le die tu. die pn manusia jugak kn?

j or ji said...

gua akan pastikan post giler2 selama 3 hari bila Man U menang nanti..
bukan nak poyo..saje balas dendam!
:P

cik puan arsenal said...

wan pegi cameron dgn kawan2 dia n baru blk mlm td. sampai2 dia bgtau aku dgn penuh excited "arsenal mng dgn man u" instead of "i rindu kat u." haih.

Rambo said...

jorji - gua dapat rasakan kesedihan dan kekecewaan lu tu bro. sabar2.

cik puan - waaah...btol punya excited tu.

ilazz said...

citer pasal bola nih x pandai ler nak komen. Tp mmg sungguh hampehs MU leh kalah. cisss .. :p

Rambo said...

hehehe.penyokong man utd ropanya.