Tuesday, November 04, 2008

abcdefgHUJANopqrstuvwxyz.

*DISCLAIMER: Gua bukan peminat Hujan.

Selepas lunch break tadi, gua diberi tugasan untuk melawat kilang customer gua di kawasan Naga Keramat. Perjalanan lancar dari Bandar Sunway. Cuma bila tiba Cheras, hujan turun bertalu-talu lebatnya. Lebat yang amat. Sampai tak nampak jalan.

Lantas beberapa memori gua tentang hujan terimbau.

Zaman kanak-kanak dulu, sebelum sekolah. Gua memang suka hujan lebat. Bila hujan lebat bertalu-talu turun, gua akan lepak depan tingkap. Merenung hujan yang turun di tanah halaman gua. Gua sangat suka kerana gua nampak seolah-olah titik-titik hujan itu menari di atas tanah.

Zaman gua dah sekolah, lagi la pantang gua nampak hujan lebat. Belum sempat arwah nenek gua berpesan jangan keluar rumah, gua dah basah kuyup main kejar-kejar dalam hujan lebat. Sungai depan rumah gua lagi dah jadi rumah kedua gua kalau musim hujan. Perangai ini berlarutan sehingga gua masuk asrama.

Zaman gua belajar pun gua pantang nampak hujan. Bila hujan je, alasan kukuh untuk terus tidur daripada men’nyetat’ motor pergi kuliah. Tapi bila masa training rugby dalam waktu hujan, masing-masing laju. Masing-masing jaguh. Boleh cakap sambil keluar asap. Konon-konon luar negara. Cheh!

Zaman sekarang ini pulak, beberapa minggu lepas lebih tepat. Bila hujan bertalu-talu lebatnya, gua rasa macam mahu berdiri dalam hujan lebat itu sambil pegang lukisan rumah sambil pandang langit. Biar air hujan bertimpa-timpa ke muka gua. Macam Shidee laki si Vanida buat dalam cerita Cinta bila dia ditinggalkan Rita Rudaini. Efek hujan lunturkan lukisan itu memang A.

Sekarang ini, gua pelik. Takde dah semua segala perasaan itu. Bila masa hujan turun bertalu-talu lebatnya, gua rasa mahu makan ubi rebus cecah sambal tumis ikan bilis lawan dengan kopi ‘o’ kaw. Mana la gua nak dapat ubi waktu sekarang ni. Haih. Kemecer gua sekarang ni.

Cis, cari gaduh punya perasaan!!

13 comments:

Rajuna said...

kalau lu kemecer,mari kita tubuhkan kolektif DIY gile babeng..tanam ubi secara militan di kiri kanan jalan. ada berani?
kalau ada lebih baru boleh bagi orang lain. first, kasi kenyang dulu. ha ha ha


getok ubi goreng baru stylo!

Cik-Gie said...

ubi goreng cecah sambal kicap pun cara, bo!

ilazz said...

citer cinta tu wa layan gak. dia best sket dr sepi c @tune@ tu. hehehe..

lu g keramat ke bro? umah wa kat situ ler

FrH said...

:)
emosi semasa menonton part lukisan rumah sambil pandang langit & hujan turun menimpa tu mmg xboleh lupe. sampai skrg terkesan kat hati aku.
sama meh..?

l.i.f.e said...

perghhh...droolings ah!

pasar tani ada jual ubi kayu weih...tp tu lah, asal pasar tani je waktu pagi, asal waktu pagi je kena pi keje...hishhhh

Si Jambi Darat said...

nasib bek aku dok pt raja.senang sket cari ubi kayu..

Rembo said...

rajuna - boleh. tapi semua bahu jalan sekarang da milik kerajaan. penceroboh akan di dakwa. tepi jalan depan rumah aku kat kampung boleh la.

cikgie - tu tak cara sangat. pisang goreng la cecah sambal kicap baru ngences! nak2 tempe goreng. Fuh!!

ilazz - owh yke? Keramat AU?

frh - sama dgn kau atau sama dengan situasi aku bbrp minggu lepas? hehehe

life - kat Bandar Kirara 5 ada pasar tani petang. Depan masjid. Setiap Selasa. kalau tak silap.

jambi - hehehe. cubaan demi cubaan kau buat untuk aku balik kampung kan? kan? Ndy kan?

laki cikgu kimia said...

ako dolu teringin nak makan keledek goreng.. beli kat pasar sini mahal gile! tu je la skali ako gorengkan untuk member2..

apek terror said...

gua sedang merenung tajam kat lu nie...

Si Jambi Darat said...

bo..wa jumpa baju Shelter kat bundle pt raja. lu x gigil ke?

Rembo said...

crtclthnkr - hahaha. gi tanam sendiri la blakang umah. tmpt lu sepak2 bola tu. boleh. sikit je.

apek - laa jgn la. betul apa gua bukan peminat hujan.

jambi - cis! lu mmg suruh gua balik kampung kan?

Si Jambi Darat said...

abcdefghijKLPHQrstuvwxyz..tu yg real! Hujan tiru.. bo,pt raja dah ada McD.

Rembo said...

tau.
mekdi plak?
aritu sinchan kata ada SUBWAY.