Monday, November 24, 2008

Agak-agak, kalau gua nak buat part time dekat Cut & Above, diaorang bagi tak??

Petang semalam, gua sebaik sampai garaj rumah gua. Gua keluar dari kereta. Pusing keliling kereta gua sambil angguk-angguk puas hati.
"Baru berkilat kereta hitam gua." bisik hati gua sambil gua senyum sorang-sorang.

Gua masuk rumah, Tom tengah baring atas sofa.

"Pergh, apahal rambut lu dah Castello ni?" gua tanya Tom dalam hairan tengok kepala dia dah gondol.

"Lu la. Gua suruh potong rambut, lu malas. Banyak alasan. Itu la ini la."

"Mana ada gunting kalau gua nak potong pun." jelasan gua.

Sebelum keluar hantar kereta gua cuci, gua dah nampak Tom main-main dengan mesin pemotong rambut mini.

Sikit sikit, treeeeeeet. Sekejap sekejap, treeeeeet. Di 'ON' kan mesin pemotong rambut mini tu. Bukan gua tak tahu, itu merupakan isyarat daripada dia bagi kat gua minta gua potong rambut dia. Tapi, gua tegar buat bodoh.

,

Tengah gua relax-relax layan MTV dengan Tom sambil tunggu si Kod bersiap. Janji mahu lepak Putrajaya. Pekena Roti John.

Tiba-tiba,

"Bo! Red alert. Tolong gua. Gua rasa gua dah salah adjust rambut gua ni. Celaka punya mesin pemotong rambut mini." pekik si Kod dari tandas tingkat atas.

Gua dengan Tom bergegas naik atas.

"Oh my...apa dah jadi dengan rambut lu Kod?" gua tanya sambil geleng-geleng kepala.

"Itu la. Gua tengah sedap layan adjust sikit rambut gua, tau-tau da jadi cam gini da. Tolong Bo, gua tak nak botak."

Rambut Kod sudah jadi macam haram. Tepi kiri kanan slope nipis dan tinggi. Nipis sampai nampak kulit kepala. Ada makan sebelah belakang sikit.

"Ok. I'll try my best! Tapi gua dah bertahun tak pegang gunting dengan sikat ni."

,

Sedar-sedar, gua dah ada atas sofa semula. Bertuala. Berpeluh-peluh. Baju entah kemana, short gua entah kemana. Tangan kiri gua ada gunting. Tangan kanan gua ada rokok. Dua-dua belah tangan gua penuh rambut. Tom tengah kipas-kipas kan gua guna majalah Klue.

"Apa dah jadi?" gua tanya dalam hairan.

Melalui penceritaan Kod. Bila gua pegang gunting dengan sikat, mata gua dua-dua belah jadi putih. Sama macam Isaac Mendez. Lagi, gua diam, langsung tak cakap apa. Gua adjust-adjust sampai cantik rambut Kod. Habis je gua adjust, gua terus turun tanpa berkata sepatah dua kata.

Hasilnya;

Jangan puji gua lebih-lebih. Gua tak tahu apa-apa. Gua saspek, ada Ketua Dewa Penggunting Rambut datang masuk dalam diri gua. Ataupun gua memang bakat.

13 comments:

FrH said...

haha. kau boleh jadik heroes utk siri Cut & Above ;)

Rembo said...

hahaha.
skill gua masih ada lagi even sikit berkarat beb!

*fuh (tiup-tiup jari)

KARKADEWA said...

ke lu layan batu..??
adoi...
klu bulu ketiak lu kire mcm mane..??
ade diskaun...??

Anonymous said...

bila lu dalam trance tu, lu ada nampak future tak?

lu ada nampak lu akan tulis ini blog tak?

anwar akan jadi pm tak?

Rajuna said...

kalau lu ada tinggal sikit ekor belakang, depan lu tinggal sikit kasi panjang memang macam jaman2 aku kat unibesti dulu la...

gerek!-awek soleha tanak tgk muka aku.

ilazz said...

cam tu ka ropa c kod tu. wooo macho beb!!

l.i.f.e said...

esok2 kalu jumpa budak ini rupa, aku tau lah itu hasil kerja tangan kamu.
apa pesen ni? mohawk?

apek terror said...

uish yea ker...kod nie budak rumah yang comel2 tu yea...

Anonymous said...

tolong keratkan rambut aku weyh!!

laki cikgu kimia said...

bo.. petang ni rambut gua bo?

Rembo said...

karka - haah. gua hisap batu bilas dengan stout!

alina - masalahnya, gua tak nmpk future, gua nmpk fesyen rambut je.

rajuna - itu bukan jaman unibersiti kot. jaman sekolah menengah tu.

ilazz - eh, bukan bukan. itu model. hehehe

life - hmmm kot la. gua tak sedar kak itu jam. heh heh heh

apek - iye. amacam?

akim - dtg umah la. bawak dunhill light kecik skali. pengeras.

nas ahmad - datang umah.

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

rambut gua woi..lu potongkan kat suzi laa.sambil minum minum..amacam?

Rembo said...

pipi - hotok aok! nti kalo aziz m.othman mintak gua potong camne?