Semalam. Dalam perjalanan pulang daripada pejabat. Biasanya gua akan singgah Petronas Bukit Kinrara 5. Menunaikan tanggungjawab. Serta membeli sedikit kudapan. Kacang goreng. Memang A makan kacang goreng sambil memandu pulang.
Bila tiba lampu isyarat terakhir gua menghala ke Taman Puncak Jalil, telefon bimbit gua bunyi. Gua tengah leka layan kacang goreng. Gua cemas sekejap. Mana nak memandu, mana nak kunyah kacang goreng, mana nak angkat telefon.
"Beb, lu kat mana dah?" Kodeng tanya gua dihujung talian.
"Puncak Jalil. Apsal lu cemas semacam?"
"Umah kena masuk pencuri ni! Gua tengah gelabah. XBOX gua dah ghaib."
"Oh my god. Apa lagi ghaib?" gua dah cuak maut. Dalam kepala gua fikir peti sejuk gua yang masih ada hutang lagi dua bulan.
"Entah la. Lu balik la cepat sikit. Check apa yang patut. Gua pun tak check barang gua lagi ni." nada cemas dan sedih bercampur gaul.
"Awrite. Jap lagi gua sampai."
Sepanjang perjalanan pulang, jiwa gua resah. Memikirkan barang-barang kecil gua yang berpotensi untuk dicuri. Sambil memandu, gua jeling kearah kasut gua. Gua pakai kasut putih gua rupanya. Alamatnya, kasut kulit 'lapangan pokok' gua sure ghaib ni.
Ah, satu lagi! Gua punya passport. Gua sudah jadi tak tentu hala bawa kereta bila gua teringatkan passport gua. Laju semacam. Sekejap kiri, sekejap kanan. Brek mencicit-cicit.
Sampai rumah, gua terus lompat anak tangga. Ingin mahu cepat sampai bilik gua. Passport beb, passport. Ini sekali hilang, maut gua!
Gua berdiri depan pintu bilik gua, 'syurga' ciptaan gua dah jadi macam tempat pelupusan sampah. Baju atas lantai, jeans gua berselerak atas katil, tilam terbalik, kertas-kertas betabur, beg sana sini, kotak-kotak berburai.
Gua tengok dalam almari gua, fuh, nasib baik passport gua ada lagi. Nasib baik, nasib baik. Yang hilang 150,000 Rupiah gua. Cilakak. Punya la bersepah bilik gua, lebih kurang RM 48 yang hilang.
Ni, persepahan ni siapa mahu kemas? Gua jugak. Membara hati gua satu malam dalam pada bersyukur itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
uish.
sib bek RM48 je ilang.
tapi nak ngemas tu...
memang masak la.
huhu.
sian rembo.
:-<
ada ke mkn kacang masa drive? isyhhh.. x dek ciri pemandu berhemah lgsung la ko nihh.hehehe..
psl kemas tu ko soh je cupid sengal yg x tau memanah tu buat. abis citer :P
sejak bile kau pandai ckp "oh my god?"
oh my god, terkejut aku sbb kau dah pandai ckp "oh my god"
haha
Penanggal kena tahu alamat dengan muka penjenayah..
kalau tidak dia geget sama aok! hahaha
pintu kene kopak?
ada suspek?
ada sesapa tak yang mencurigakan lalu dikawasan ini ?
-Ispektor norman Hakim,Gerak Khas.
Pelan2 kemas bo..PASTU BELI solex ORIGINAL.
umangai! kena masuk pencuri.. ko niat je dalam ati supaye tuhan balas.. pastu dah bole start kemas bilik pulak.. condolence..
ciki - meh sini tlg meh.
ilazz - ala kacang goreng je pun. bkn kacang cap tangan tu.
frh - la...jd isu ke ni? haih..
alif - tak la. gua kan tuan dia.
ji - LOL! mentang2 norman hakim tgh hot. gaya polis lu eh. Da beli da pun. cilakak punya pencuri.
Nas - tu la dia. haram btoi!!
kesian ko.
aku harap alfa ko xkene curik..
oh.btol gak. ko kn tgh drive.
ape la bengap sgt ..haih.
tahniah juge sbb passport ko tak hilang..
jom la blanje gua kt tony romas.
tengs.
Equine Park, Puncak Jalil, Segala PJU tu memang line panas. sikit hari lagi kalu ada kaum nak tolak XBox murah kat Bandar Kinrara ni, wa sound lu. Kot cantik lag wa telan aje. PS wa dah jahanam tu.
takziah bro..
ni antara akibat kesan kenaikan harga minyak dunia nih..
rumah aku pun baru kecurian, aku pun rasa patut ambil khidmat penanggal nih..!!
penangal wat pe,baik lu bela toyol suruh curi rumah org tu balik kire mcm balas la...
*tampal memo dpn bilik lepas curi kemas balik mcm asal
*sian lu rambo gamba irma salemat x?
macam ni saja la rembo.
aku nasihatkan kau bela-bela sesuatu kat rumah kau tu.
maklumlah, orang2 kita bab2 macam tu memang ada yang A.
kema - baru nk cakap sengal. mengaku sendiri sudah. hehehe
baba - ha ok. pergh, xbox xde winning eleven brader. ada FIFA je. tp lu rasa2 nk amik xbox tu, gua ok je. hehehe
oro - tq. ha tu la dia. cilakak.
akim - hah. musim ni. bela susah la. kite jd sendiri je. amacam?
apek - xpe pek. penanggal boleh titis titis darah kt rumah org. baru A. Nasib baik ada lagi irma gua. gua rasa dia tak knal kot irma hasmie tu.
danielle - hah. pernah terfikir gak aku. Tapi, kalau senang mcm bela kucing takpe la. ni nk ada pulut kuning la, asap kemenyan la. letih.
ah kalu tak kena pun, bilik lu bukan kemas sangat gua suspek
ke camana?
anda silap.
btol tu poyotito..
gua pon suspek semacm je bilik lu ni...
kau buat sentri la lepas ni. gilir2 jaga.supaya tak ngantok teros dengaukan lagu2 dari pisschrist!
dewa - eh lu org silap ni. hehehe
rajuna - pergh. leceh sial. nnti gua letak anjing bangsa siberian husky depan pagar gua.
salahkan kerajaan je..
tu pasti.
kerajaan negeri selangor?
Post a Comment