Tuesday, November 18, 2008

Kalau gua ada black magic, sure gua dah hantar penanggal pergi gigit tengkok lu. [Part 3 - Last part]

Ni last part dalam siri Kalau Gua Ada Black Magic....

Petang Rabu itu, gua masuk rumah, Kod tengah turun dari tangga. Gua memerhatikan sekeliling ruang tamu rumah tamu gua. Gua nampak ada sebungkus nasi goreng ayam.

Selepas gua periksa barang-barang gua, gua turun bawah. Lepak dengan Kod.

"hah, apa lagi barang lu hilang?" tanya gua.

"Coin gua satu mug, jam Tag Heuer gua, jam Oris gua." jawap si Kod.

"Pergh, banyak tu."

"Tu la pasal. Eh, lu ada makan kerepek dalam bekas Milo hijau ni ke?" tanya si Kod.

"Bila masa pulak gua makan. Kalau gua nak, mesti lama dah gua telan."

"Sah. Ini mesti kerja pencuri tu."

Dalam hati gua, cilakak punya pencuri.

Tengok, betapa baiknya manusia rumah ini, bukan setakat bagi XBOX, jam-jam tangan. Siap bagi makan kerepek dengan air sejuk lagi.

"Tu ada kad jemputan kat iron board tu lu punya?" si Kod tanya gua.

"Kad jemputan? Iron board? Ish..bukan la. Sapa pulak nak gua hantarkan kad jemputan tu."

"hah. Tu la dia. Berkepuk tu. Dalam 20 ke 30 keping gak tu."

Pergh. Ini memang cari gaduh. Gua dah bagi barang-barang gua, gua dah bagi makan minum bagai, lu tinggal sampah. Na'ak ra'am!!

Kita orang dah saspek, budak yang masuk rumah gua ni adalah budak penghantar kad jemputan kepada majlis yang akan berlangsung di Masjid Tanah.

Lantas, gua siasat. Hati dah berdebar-debar itu jam, time gua call bakal pengantin itu. Kalau dapat pencuri ni, memang masak la.

Siasat punya siasat, rupanya, mamat yang dalam kad jemputan itu juga adalah mangsa kecurian sebelum rumah gua. Si pencuri itu masuk rumah beliau dan sempat mencapai bungkusan kad jemputan itu.

Huh. Pencuri! Sila jadi licik lagi. Anda tidak cukup licik. Cilakak!!

Sampai sekarang belum ada cerita daripada balai. Kira gua redha je ni.

10 comments:

Anonymous said...

boleh tahan jugak drama umah lu nie. membawa sampai ke Masjid Tanah.

tom said...

gua dah agak dah...diaorang dtg siasat malam tu cuma nk claim OT je..

laki cikgu kimia said...

cih brape kong die claim OT tu agaknye.. hari ape ritu? kalu ahad kurang2 tiga kong tuh.. tripple!

Anonymous said...

kalau mmg rezki pencuri tuh, rezki dia gak..redha sajalah..!!

Jorji said...

gua ingat memang kerja orang dalam la.
lu bawak pisang sesisir dengan air kosong,gua nak jampi...

Rembo said...

baba - ha tu la dia. ni bukan letup punya tau! real ni. hehehe

tom - tu la dia. takpe. buat relaks je.

nas - hari rabu nas.

akim - tu la dia. pasrah je.

jorji - LOL! ini mmg klakar.

Anonymous said...

pehh byk btol sequel cite pencurik kau ni .. tp pencurik ni btol2 hebak .. mmg hebak ..

Rajuna said...

kau rasa2 yang mencuri ni asal negeri mana?<-peh sengaja mencari sentimen kenegerian hahaha

kah kah kah kah
munkee munkee..

ilazz said...

klu aku jdk c kod tu, aku dah meraung meroyan dahhh...

en Kod.. tabah hati, tetapkan iman..:P

Rembo said...

frh - hehehe. tak hebak mana la beb.

rajuna - pergh...tak equality la weh ni. hahaha

ilazz - kod mmg tenang beb. relaks je dia.