Friday, November 28, 2008

Mak, jangan sumpah angah jadi batu eh kalau angah tak dapat balik kampung minggu ni. Tu sumpah person in charge sana tu mak.

Malam tadi, dalam hujan, gua buka fuse box kereta hitam gua sendiri. Check apa yang patut. Fuse la, relay la, bulb la. Semua gua dah godeh. Tetap padam. Cis!

,

Daripada semalam tengah hari lagi, gua mula buka Maybank2u. Check payment gua.

Pukul 1500. Buka Maybank2u. Check payment. Belum masuk. Celaka.
Pukul 1700. Buka Maybank2u. Check payment. Belum masuk. Celaka. Celaka.

Hari ini.
Pukul 0900. Buka Maybank2u. Check payment. Belum masuk. Celaka. Celaka. Celaka
Pukul 1000. Buka Maybank2u. Check payment. Belum masuk. Celaka. Celaka. Celaka. Celaka.
Pukul 1100. Buka Maybank2u. Check payment. Belum masuk. Celaka. Celaka. Celaka. Celaka. Celaka.

Hoi orang bank, masukkan duit gua tu cepat!
Tu, time is running out. Tinggal lagi lebih kurang 7 atau 8 jam matahari nak tenggelam. Maknanya, hari akan gelap.

Plan awal. Pulang ke kampung selepas habis kerja.

Macam mana gua nak balik kalau hari sudah gelap kalau lampu kereta hitam gua tetap padam?

Hantar la repair lepas sembahyang Jumaat kang.
Macam mana gua nak hantar repair lampu kereta hitam gua yang padam lepas sembahyang Jumaat kalau payment gua belum masuk hari ni?

Balik kampung esok siang je la, repair kat kampung.
Macam mana gua nak balik kampung hantar repair lampu kereta hitam yang padam kalau payment gua tak masuk?

Bak kato sepupu den, soba jo la jang!
Iyolah den soba la ni. Huh, bangang!

Thursday, November 27, 2008

Segala mood negative berada dalam hati gua sekarang.

Baik jangan cari pasal sama gua ini hari. Mau-mau kena maki dengan kejam karang.

,

Dulu, seorang kawan gua cakap, gua ni banyak cas negatif dalam badan. Kawan gua yang mana pun gua dah lupa. Laki ke perempuan ke. Gua tak ingat.

Dia cakap, tu yang selalu gua cepat rasa-rasa yang negatif. Selalu fikir negatif. Selalu bertindak negatif. Bertindak negatif macam mana di mata dia pun gua tak tahu.

Gua abaikan teguran kawan gua itu jam. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Mampus sudah sama lu. Degil. Ego. Orang tegur tak nak terima.

Sekarang, gua akui. Mungkin betul. Banyak cas negatif dalam badan gua. Sebab gua perasan satu perkara.

Asal gua lalu dekat dengan mana-mana lampu jalan yang rosak, serta merta akan padam. Kalau lampu rosak tu padam, gua lalu dekat, mesti menyala.

Ke gua ada kuasa lain lagi? Ke itu kebetulan. Asyik salahkan kebetulan je, klise betul!

Gua masih belum jumpa penjelasan saintifik untuk ini. Penjelasan fahaman benda halus gua malas dengar. Typical.

Tuesday, November 25, 2008

Gua dalam mode kejam atau sekeliling gua yang buat gua perlu kejam untuk terus hidup?

Tadi, gua berYM dengan sahabat lama gua masa zaman gua belajar dulu. Sembang punya sembang, bual punya bual. Tiba satu part, terkenang satu kisah pahit. Pahit antara gua, dia dan juga ahli kumpulan yang lain.

Bukan salah sesiapa pun. Cumanya, keadaan dan juga masa yang buat gua, dia dan ahli kumpulan semakin jauh.

"Metallica boleh, Nostalgia boleh, takkan kita tak boleh." itu lah bisik hati kecil gua itu jam.

Tapi segalanya seakan terlambat lalu tutup buku. Kumpulan muzik ini terkubur dengan cita-cita, angan-angan dan impian.

No more Rock 'n' Roll.

Dan itu jam, gua masih lagi bersemangat untuk terus. Tapi cuma gua. Yang lain tidak. Lalu kes ini menjadi kesan dalam diri gua. Bukan dendam. Cuma sedikit tidak puas hati.

,

Sembang punya sembang, bual punya bual. Tiba-tiba tersentuh part kisah pahit itu semula. Lantas gua rasa jengkel. Lalu gua kasi fire ayat-ayat marah tanpa gua sedar. Sampai-lah sahabat gua buat ayat;

"Lu kerek sial skang."

Itu jam baru gua rasa macam kena pukul dari belakang dengan kayu baseball. Atau muka gua kena tampar dengan penampar terbang.

Sebelum itu pun, gua sudah kasi luka satu hati. Juga dengan kata-kata luar sedar gua. Sekarang gua tengah fikir. Gua kejam sangat ke sekarang ni? Semua hati gua nak kasi luka apa cerita?

Sampai sekarang gua masih berfikir. Maaf.

Monday, November 24, 2008

Agak-agak, kalau gua nak buat part time dekat Cut & Above, diaorang bagi tak??

Petang semalam, gua sebaik sampai garaj rumah gua. Gua keluar dari kereta. Pusing keliling kereta gua sambil angguk-angguk puas hati.
"Baru berkilat kereta hitam gua." bisik hati gua sambil gua senyum sorang-sorang.

Gua masuk rumah, Tom tengah baring atas sofa.

"Pergh, apahal rambut lu dah Castello ni?" gua tanya Tom dalam hairan tengok kepala dia dah gondol.

"Lu la. Gua suruh potong rambut, lu malas. Banyak alasan. Itu la ini la."

"Mana ada gunting kalau gua nak potong pun." jelasan gua.

Sebelum keluar hantar kereta gua cuci, gua dah nampak Tom main-main dengan mesin pemotong rambut mini.

Sikit sikit, treeeeeeet. Sekejap sekejap, treeeeeet. Di 'ON' kan mesin pemotong rambut mini tu. Bukan gua tak tahu, itu merupakan isyarat daripada dia bagi kat gua minta gua potong rambut dia. Tapi, gua tegar buat bodoh.

,

Tengah gua relax-relax layan MTV dengan Tom sambil tunggu si Kod bersiap. Janji mahu lepak Putrajaya. Pekena Roti John.

Tiba-tiba,

"Bo! Red alert. Tolong gua. Gua rasa gua dah salah adjust rambut gua ni. Celaka punya mesin pemotong rambut mini." pekik si Kod dari tandas tingkat atas.

Gua dengan Tom bergegas naik atas.

"Oh my...apa dah jadi dengan rambut lu Kod?" gua tanya sambil geleng-geleng kepala.

"Itu la. Gua tengah sedap layan adjust sikit rambut gua, tau-tau da jadi cam gini da. Tolong Bo, gua tak nak botak."

Rambut Kod sudah jadi macam haram. Tepi kiri kanan slope nipis dan tinggi. Nipis sampai nampak kulit kepala. Ada makan sebelah belakang sikit.

"Ok. I'll try my best! Tapi gua dah bertahun tak pegang gunting dengan sikat ni."

,

Sedar-sedar, gua dah ada atas sofa semula. Bertuala. Berpeluh-peluh. Baju entah kemana, short gua entah kemana. Tangan kiri gua ada gunting. Tangan kanan gua ada rokok. Dua-dua belah tangan gua penuh rambut. Tom tengah kipas-kipas kan gua guna majalah Klue.

"Apa dah jadi?" gua tanya dalam hairan.

Melalui penceritaan Kod. Bila gua pegang gunting dengan sikat, mata gua dua-dua belah jadi putih. Sama macam Isaac Mendez. Lagi, gua diam, langsung tak cakap apa. Gua adjust-adjust sampai cantik rambut Kod. Habis je gua adjust, gua terus turun tanpa berkata sepatah dua kata.

Hasilnya;

Jangan puji gua lebih-lebih. Gua tak tahu apa-apa. Gua saspek, ada Ketua Dewa Penggunting Rambut datang masuk dalam diri gua. Ataupun gua memang bakat.

Friday, November 21, 2008

Tiba-tiba, gua guna aku-engkau. Kenapa eh?.....

Sesuatu sedang berlegar-legar dalam kepala aku. Tapi aku tak tahu apakah ia? Tak dapat aku nak tangkap apa yang otak aku cuba sampaikan. Segala neuron-neuron aku sedang bekerja keras untuk menyampaikan maklumat-maklumat tersebut kepada anggota-anggota badan aku yang lain. Tapi hampeh. Gagal mengesan maklumat yang cuba otak aku sampaikan. Haaaiiih....

Akibat kerja keras tersebut, akhirnya kepala aku sudah mula memberikan kesan. Sakit yang sedikit. Mungkin ini disebabkan oleh kesan daripada kafein yang tekandung dalam air Nescafe pekat warung pakcik depan rumah tadi. Atau kesan daripada tidur yang tidak berkualiti yang bermula jam 2 pagi berakhir pada 9.30 pagi disamping gangguan rakan-rakan pergi ke kerja.

Sakit kepala betambah sejurus bermesyuarat bersama bos aku dan jga bos orang lain yakni bos pelanggan kami. Makin digodak masalah yang menimpa, makin banyak kerja aku, makin sakit otak aku. Makin bercambah neuron-neuron dalam otak aku, makin sesak aku rasa kepala aku ni.

Sudahnya aku sudah berada di kopitiam. Ini kopitiam baru ye. Kira port baru la. Aku gunakan alasan untuk menghantar report dan feedback kepada pihak atasan aku diatas masalah-masalah yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tadi, akhirnya aku dapat meloloskan diri daripada cengkaman 'pemerintahan kuku besi' dari pihak pelanggan aku. Haih...penat betul layan diaorang nih.

Dalam kepala masih lagi berlegar-legar arahan dan juga kerja yang perlu disiapkan. Ketepikan sahaja dahulu. Yang penting aku dah keluar daripada kilang itu. Maka secara automatiknya separuh daripada beban aku tinggalkan di pintu pagarnya. Esok atau lusa masuk, pungut kembali. Begitulah cara aku. Haha!

Ya! baru aku teringat sesuatu. Sebelum memulakan sesi mesyuarat, kami berpeluang untuk bersembang. Pertanyaan cepu emas daripada bos aku. Satu pertanyaan yang paling sensitif, paling aku tak suka nak jawap.

"You bila nak kahwin?. Bukan tahun ini kan?"

Aku hanya mampu menjawap dengan gelak kecil seraya berkerut dahi aku memikirkan persoalan itu. Sekarang aku malas nak fikir. Lantok le. Haih..

Aku macam nak tengok movie. Tapi tak tahu cerita ape. Ada cadangan? Jangan romantik komedi ya! Hehe!!

....sebab ni post gua 21 November tahun lepas.

Nampak sangat gua kering idea. Haih.

Nescaffe 'O' dengan teh tarik memang tak boleh ngam la gua rasa.

Selesai gua bersiap, gua bancuh setengah cawan air Nescaffe 'O'. Relax depan TV sambil tengok Britney Spears.

Gua gerak ke pejabat. Tenang. Tiada kesesakan trafik hari ini. 0830 pagi, gua sudah sampai perkarangan pejabat. Gua singgah kafe untuk teh tarik besar serta air suam.

Dalam jangka masa sejam, gua minum 2 jenis air yang berlainan dan juga empat batang rokok.

Hasilnya, kepala gua sebu, perut juga lain macam, dada gua macam ada rasaksa, mood gua huru-hara.

Ternyata Nescaffe 'O' + Teh Tarik + Dunhill bukan pilihan terbaik untuk pagi gua.

Wednesday, November 19, 2008

Gua tak pasti petir tu sambar apa atas bangunan depan pejabat gua.

Semalam, cuaca mendung-mendung panas. Panas yang boleh buat gua berpeluh. Biasanya cuaca begini, gua biarkan sunroof kereta hitam gua terbuka bagi ventilation. Kalau tak, gua balik kerja waktu petang, memang gua duduk dalam ketuhar gelombang mikro. Panas yang amat.

Gua pun menjalani hidup di pejabat seperti biasa. Tiba-tiba telefon gua berbunyi.

"Bo, itu hari sudah mahu hujan la. Turun la, kasi itu kereta U punya bumbung tutup." beritahu salah seorang amoi management pejabat gua.

"Owh betul aaa? Ok la. Thank you."

Lantas gua berlari-lari anak turun tangga. Selesai gua tutup sunroff, gua pekena rokok sepam. Relaks depan pejabat sambil tunggu hujan turun.

Tik. Tik. Tik. Tik.

Hujan mula turun. Makin lama makin lebat. Guruh berdentum-dentum. Kilat sabung-menyabung. Langit makin gelap.

Sebelum apa-apa jadi, gua lari naik atas dulu. Baru gua labuhkan punggung gua ke kerusi, tiba-tiba,

GEDEGUUUUMMMM!!!

Satu petir sudah sambar sesuatu depan pejabat gua. Punya kuat bunyi petir tu, gua punya terperanjat macam nampak Liyana Jasmay baring sebelah gua time gua bangun tidur. Tapi memang bunyinya kuat dan dekat.

Tiba-tiba, telefon depan gua bunyi lagi.

"Hello, Bo. Abang Suhaimi pejabat sebelah ni."

"Ha bang, ada apa?" gua mula resah.

"Kau dengar bunyi petir kuat tadi?"

"Dengar. Kenapa bang?" gua mula cuak maut. Takut-takut Abang Suhaimi membawa perkhabaran sedih.

"Petir tu sambar bangunan depan kereta kau la. Ada batu besar-besar telefon meja ni aku nampak jatuh. Tapi tak tahu la kena kereta kau ke tak."

"Hah! Ok bang. Tenkiu. Jap lagi saya turun check."

Lantas gua beritahu rakan-rakan sepejabat. Turun check kereta masing-masing.

Gua punya jantung bagai nak gugur bila gua sampai bawah sebab gua nampak satu batu besar duduk betul-betul belakang kereta gua. Gua dah saspek bumbung gua kemik rabak dek tertimpa batu itu.

Kepala gua dah pikir bukan-bukan. Mana gua nak cekau duit repair kereta dah hujung-hujung bulan ni.

Gua nekad, gua redah hujan. Pergi cari kepastian. Samaada kereta hitam gua terkorban tak dalam nahas panahan petir ini.

Setelah gua check, kereta gua terselamat. Tetapi kereta member gua yang parking sebelah gua, cermin belakang sudah berderai dek tertimpa batu besar ini. Kereta bos nombor dua gua, yang selang 3 parking dari gua, juga mengalami nasib yang sama.

Lu bayangkan beb. Batu besar-besar telefon meja tu jatuh atas kereta. Gila tak pening kepala kalau kemik!!

Jangan buat main mende-mende gini. Padanlah dulu masa gua kecik arwah nenek gua cukup pantang gua tengok hujan depan tingkap time guruh gemuruh bagai ni.

Tuesday, November 18, 2008

Kalau gua ada black magic, sure gua dah hantar penanggal pergi gigit tengkok lu. [Part 3 - Last part]

Ni last part dalam siri Kalau Gua Ada Black Magic....

Petang Rabu itu, gua masuk rumah, Kod tengah turun dari tangga. Gua memerhatikan sekeliling ruang tamu rumah tamu gua. Gua nampak ada sebungkus nasi goreng ayam.

Selepas gua periksa barang-barang gua, gua turun bawah. Lepak dengan Kod.

"hah, apa lagi barang lu hilang?" tanya gua.

"Coin gua satu mug, jam Tag Heuer gua, jam Oris gua." jawap si Kod.

"Pergh, banyak tu."

"Tu la pasal. Eh, lu ada makan kerepek dalam bekas Milo hijau ni ke?" tanya si Kod.

"Bila masa pulak gua makan. Kalau gua nak, mesti lama dah gua telan."

"Sah. Ini mesti kerja pencuri tu."

Dalam hati gua, cilakak punya pencuri.

Tengok, betapa baiknya manusia rumah ini, bukan setakat bagi XBOX, jam-jam tangan. Siap bagi makan kerepek dengan air sejuk lagi.

"Tu ada kad jemputan kat iron board tu lu punya?" si Kod tanya gua.

"Kad jemputan? Iron board? Ish..bukan la. Sapa pulak nak gua hantarkan kad jemputan tu."

"hah. Tu la dia. Berkepuk tu. Dalam 20 ke 30 keping gak tu."

Pergh. Ini memang cari gaduh. Gua dah bagi barang-barang gua, gua dah bagi makan minum bagai, lu tinggal sampah. Na'ak ra'am!!

Kita orang dah saspek, budak yang masuk rumah gua ni adalah budak penghantar kad jemputan kepada majlis yang akan berlangsung di Masjid Tanah.

Lantas, gua siasat. Hati dah berdebar-debar itu jam, time gua call bakal pengantin itu. Kalau dapat pencuri ni, memang masak la.

Siasat punya siasat, rupanya, mamat yang dalam kad jemputan itu juga adalah mangsa kecurian sebelum rumah gua. Si pencuri itu masuk rumah beliau dan sempat mencapai bungkusan kad jemputan itu.

Huh. Pencuri! Sila jadi licik lagi. Anda tidak cukup licik. Cilakak!!

Sampai sekarang belum ada cerita daripada balai. Kira gua redha je ni.

Monday, November 17, 2008

Kalau gua ada black magic, sure gua dah hantar penanggal pergi gigit tengkok lu. [Part 2]

Lewat petang itu, dalam keadaan penat dan hati panas. Gua gagahi badan gua untuk kemas bilik gua yang bersepai bak dilanggar garuda. Yang mana berlipat, gua lipat balik. Yang mana bergantung, gua gantung balik elok-elok.

Dalam kepala gua, tak payah buat report kot. Bukan kes besar sangat pun. Jadinya, gua pun kemas segala barangan gua. Kalau nak buat report, gua biarkan je la. Mana tau kot-kot ahli forensik nak datang ambik cap jari. Harap-harap ada yang se'hot' Eva La Rule yang datang. Boleh gua ajak bual-bual sambil dia ambik cap jari.

Tapi, sangkaan gua jauh menyimpang. Tengah gua syok layan mp3, gua dengar suara rakan-lama-tapi-budak-rumah-gua-yang-baru panggil gua bertubi-tubi. Dengan gaya separa sederhana panas hati, gua turun menyahut panggilan beliau.

"Lu nak apa?!! Mekak je dari tadi." herdik gua.

"Jom kita gi report." jawap dia.

"Nak kena report gak ke? Kecik je kes ni."

"Jomla. at least kita letak rumah kita dalam mode pengawasan kalau dah report."

"Ha yelah." gua layankan walaupun hati gua separa percaya.

Disebabkan gua paling kecik (fizikal dan umur), gua terpaksa mengalah. Selesai tahap pertama report, gua dengan Tom mulakan perjalanan report ke bahagian bahagian kedua.

Tiba-tiba Tom bersuara;

"Gua rasa hebat sial." sambil pandang gua.

"Apasal?"

"Gua keluar masuk balai polis tak pakai seat belt pun takde polis saman."

Itu jam, gua bertambah panas hati. Ikut hati gua, mahu saja gua install eject seat beserta eject button. Bila masa gua tekan eject button, pintu sebelah penumpang gua terbuka dan campak penumpang sebelah gua. Macam cerita Fast and Furious sekuel kedua tu.

Lantas gua teringat kata-kata AKAB, punk rocker memang cepat marah bila lapar.

Thursday, November 13, 2008

Kalau gua ada black magic, sure gua dah hantar penanggal pergi gigit tengkok lu. [Part 1]

Semalam. Dalam perjalanan pulang daripada pejabat. Biasanya gua akan singgah Petronas Bukit Kinrara 5. Menunaikan tanggungjawab. Serta membeli sedikit kudapan. Kacang goreng. Memang A makan kacang goreng sambil memandu pulang.

Bila tiba lampu isyarat terakhir gua menghala ke Taman Puncak Jalil, telefon bimbit gua bunyi. Gua tengah leka layan kacang goreng. Gua cemas sekejap. Mana nak memandu, mana nak kunyah kacang goreng, mana nak angkat telefon.

"Beb, lu kat mana dah?" Kodeng tanya gua dihujung talian.

"Puncak Jalil. Apsal lu cemas semacam?"

"Umah kena masuk pencuri ni! Gua tengah gelabah. XBOX gua dah ghaib."

"Oh my god. Apa lagi ghaib?" gua dah cuak maut. Dalam kepala gua fikir peti sejuk gua yang masih ada hutang lagi dua bulan.

"Entah la. Lu balik la cepat sikit. Check apa yang patut. Gua pun tak check barang gua lagi ni." nada cemas dan sedih bercampur gaul.

"Awrite. Jap lagi gua sampai."

Sepanjang perjalanan pulang, jiwa gua resah. Memikirkan barang-barang kecil gua yang berpotensi untuk dicuri. Sambil memandu, gua jeling kearah kasut gua. Gua pakai kasut putih gua rupanya. Alamatnya, kasut kulit 'lapangan pokok' gua sure ghaib ni.

Ah, satu lagi! Gua punya passport. Gua sudah jadi tak tentu hala bawa kereta bila gua teringatkan passport gua. Laju semacam. Sekejap kiri, sekejap kanan. Brek mencicit-cicit.

Sampai rumah, gua terus lompat anak tangga. Ingin mahu cepat sampai bilik gua. Passport beb, passport. Ini sekali hilang, maut gua!

Gua berdiri depan pintu bilik gua, 'syurga' ciptaan gua dah jadi macam tempat pelupusan sampah. Baju atas lantai, jeans gua berselerak atas katil, tilam terbalik, kertas-kertas betabur, beg sana sini, kotak-kotak berburai.

Gua tengok dalam almari gua, fuh, nasib baik passport gua ada lagi. Nasib baik, nasib baik. Yang hilang 150,000 Rupiah gua. Cilakak. Punya la bersepah bilik gua, lebih kurang RM 48 yang hilang.

Ni, persepahan ni siapa mahu kemas? Gua jugak. Membara hati gua satu malam dalam pada bersyukur itu.

Wednesday, November 12, 2008

Apa penjodoh bilangan untuk Cupid ekh? [prekuel]

Putar semula dunia kembali ke 19 Oktober. Situasi dalam perjalanan ke Negeri Sembilan. Masih berada di PLUS Highway.

Tengah hari. Gua tengah memandu sederhana laju. Kereta Honda Civic milik 'Azman' depan gua mencanak-canak pergi. Gua tekan minyak lebih sikit, lengan kiri gua kena cubit. Gua buat gaya laju sikit nak kejar kereta Honda Civic milik 'Azman' sikit, handbag cap Bonia hinggap kuat kat lengan kanan gua.

Sakit la weh!!

Memandangkan kereta hitam gua not in a good condition, gua memandu mengikut peraturan. Keadaan kembali tenang. Gua dengan budak comel sebelah gua sembang-sembang kosong.

"Tolong ambik box kat back seat tu. Yang dalam plastik purple tu." ujar gua.

"Yang ni?" tanya budak comel sebelah gua setelah bungkusan itu ada kat pangkuan beliau.

"Haah. Buka la. It is for you." gua bercakap ala-ala drama TV3.

"Oh My God." terkedu.

Dalam hati gua, "Panah sekarang Cupid. Sekarang!"

Ini jam gua yakin si Cupid sudah kasi panah. Berjaya kot. Dalam hati gua bermudah-mudahan.

Budak comel sebelah gua baca satu kad serta buka hadiah dalam kotak putih itu. Masih terdiam sambil mulut separa ternganga lalu tersenyum.

"I just cant give you the answer right now." kata budak comel sebelah gua.

"Owh ok. Its up to you. It is your call." gua balas.

Dalam hati gua dah sangsi. Apa pasal budak comel sebelah gua ni tak direct kata "Yes, I do" macam cerita mat saleh itu?

Bila jadi macam ni, mesti ada yang tak kena ni. Apakah Cupid gua salah panah? Atau salah guna anak panah? Lantas hati gua rasa tak tenteram sampai ke destinasi gua itu hari.

Tuesday, November 11, 2008

Apa penjodoh bilangan untuk Cupid ekh? [sekuel]

Sebelum kelmarin. Sang Cupid ini kembali. Sebelum itu, Cupid gua ni dah lari. Entah mana dia pergi gua pun tak tahu. Dia merajuk kat gua sebab gua marah dia melampau-lampau. Pasal kes gua bulan lepas.

"Woi Cupid! yang kes dulu tu lu guna anak panah plastic tu apa hal eh?"

"Errr...."

"Err..Err..Gua tampo lu nak?"

"Camni Bo, anak panah gua dah habis itu jam. But then, gua jumpa anak sedara gua punya."

"Perghh..! Lu panah guna anak panah mainan rupanya. Padan la pun." gua balas separa menyirap.

"Ampun Bo. Gua make sure kali ini kalau gua nak panah, gua guna Stainless Steel. Ok?"

"Hmm..ok. Sapu sikit minyak Lavender campur wangian Citrus. Tapi ingat. Nanti-nanti ok! Bukan sekarang." gua balas.

Hah. Imaginasi gua makin bertambah liar ni.

Ini semua dek kemerosotan ekonomi dunia punya hal. Secara tak langsung, bagi kesan dekat gua punya company serta diri gua.

Hari-hari kalau gua masuk office, entah berapa ratus kali gua tekan button 'send/recieve' dekat Microsoft Outlook gua. Entah berapa ribu kali gua tekan ikon Refersh kat page ini dengan page Facebook gua. Semata mencari kot-kot ada benda baru.

Tetiba gua teringat kata-kata AKAB, sabar itu separuh daripada Sabarudin. Lantas gua tak jadi marah.

Apa penjodoh bilangan untuk Cupid ekh?

Semalam. Owh, silap. Kelmarin lagi tepat. Gua gatal tangan lagi. Buat perkara yang gua selalu buat. SMS seorang makwe yang gua tak pernah SMS. Selalu buat perangai begini.

Gua pun masih sangsi, macam mana nombor telefon makwe ini boleh ada dalam telefon gua? Sangsi dan hairan bercampur aduk.

Di samping itu, seorang (?) Cupid mula menggatal.

"Bo. Lu nak gua panah sekarang?" Si Cupid.

"Ah, gila apa lu ni? Takkan sekarang. Rilek dulu."

"Tak la. Gua rasa macam timing baeeek je ni." balas Si Cupid.

"Hahaha. Lu tau kan sabar itu apa?" gua balas.

"Gua tak pasti. Yang penting bukan makanan kan?"

"Ok ok. Lu rilek dulu. Standby je lu punya panah tu siap-siap. Bila lu rasa timing dia lagi baik, jangan buang masa. Terus tacapkan tepat kat dada dia ok?"

"Baek bos."

"Eh jap, jangan lu pakai gua punya panah bom dah la!"

"Ye...gua tahu."

"Bagus." gua jawap simple. Sambil senyum-senyum.

Mula-mula si Cupid ni tanya gua. Dia hendak panahkan si Samir Nasri. Gile apa entah. Gua ni straight ok.

Monday, November 10, 2008

Gua masih lagi dalam tempoh bergembira.

Idea gua malu-malu hendak keluar. Mereka semua masih penat bergembira.

Later.

Sunday, November 09, 2008

Selain dari dapat makwe, satu lagi perkara buat hati gua berbunga-bunga dan senyum gua bertahan 2 hari lamanya.

Kes ini memang sama simptom dengan dapat makwe. Mula-mula berdebar. Bila rasa ada progress sikit. Senyum. Lepas itu, mula la fikir macam-macam. Planning macam-macam. Hati tetap berdebar-debar. Dup dap dup dap. Laju.

Bila rasa ada yang tak kena je, mula la. Masam. Hati sakit. Jiwa kacau. Hisap rokok laju. Pada masa yang sama, fikir positif sikit. Masih ada peluang. Kembali tersenyum sambil berdebar.

Bila dah confirm pengisytiharan itu, gembira bukan main. Dia punya rasa nak bersorak tu, kalau boleh bagi satu taman tahu. Bagi semua orang dalam negeri tahu. Gua cakap sama lu! Tak kira bangsa, warna kulit wa'ima peringkat umur sekali pun semua nak kena bagitau.

Tiada lagi yang buat gua gembira, buat hati gua berbunga-bunga dan mampu buat gua tersenyum 2 hari lamanya selain daripada Arsenal kalahkan Manchester United. Memang real lah!

Gua malas nak review ini game. Gua bukan Shebby mahupun PJ Robert. Tidak sekalipun Hasbullah Awang. Tapi try tengok ini page. Dia rajin review. Gambar Gallas tengah hisap rokok pun dia ada.

Kan dah kena. Gua dah pesan awal-awal. Jangan yakin sangat. Takpe lah. Life cycle. Esok-esok mungkin gua kena pulak.

Bagi gua gembira sikit dua tiga hari ni boleh? Baru adil. Betul?

Sekejap, Christiano Ronaldo ada main kan? Apesal gua tak nampak dia score? Hmmm...

Friday, November 07, 2008

Jangan lu orang pakat nak bakar page gua ini pulak kalau lu orang rasa tertipu.

Punya lah tidak proaktif waktu-waktu macam ni. Nak-nak petang Jumaat. Memang kalau bagi gua kerja, memang Isnin petang baru gua siapkan. Malas macam hape rasanya.

Tambahan, gua berjalan dalam terik matahari tadi. Punya la panas. Kalau panas-panas gini, zaman budak-budak dulu, sure gua dah rembat kanta pembesar mak gua. Lepas tu, duduk bawah pokok rambutan, hala-kan kanta pembesar tu keatas daun rambutan kering dengan suluhan tepat matahari. Bila berjaya terbakar, mak aih..gembira bagai.

Dalam gua layan gua punya malas+ngantuk+penat gua dapat tahu page gua kena link ke page Sol-Jah.

Gua tak bersalah. Sumpah. Gua cuma jawab soalan -soalan.

Dah soalan tu tanya apa gua buat hujung minggu lepas? Gua jawap le gua pergi Maskara Shorties. Tetiba pulak ada link kat Sol-Jah. Gua langsung tidak tahu menahu pasal ini.

Ampun. Tapi kalau rasa-rasa yang baca review pasal Maskara Shorties ni, cuba-cuba klik kat page sebelah tu ada kot.

Ok-la. Gua bagi senang sikit. Ini pun yang gua jumpa je. Jangan marah gua pulak. Try klik brader ni. Si brader Jorji ni pun ada gak. Sikit. Lain lu orang cari sendiri ye.

Murni kan gua?

Selingan; sementara gua cari idea [2].

Selesai sahaja gua melunaskan persoalan-persoalan dari Duet Maut Endy dan Intan serta Cik Ciki semalam, gua rasakan satu beban yang selama ini bertapa dalam minda gua terlepas. Entah beban apa pun gua tak pasti.

Tapi yang pasti, gua memang tengah kering idea.

Tunggu la lepas gua balik solat Jumaat nanti. Manatau ada ilham yang dititipkan untuk gua supaya boleh terus menulis dan bercerita tentang kehidupan yang semakin menggila ini.

Lantas gua berdebar ni! Kot-kot ada sesuatu berlaku ketika gua berjalan seorang diri ke masjid berdekatan.

Thursday, November 06, 2008

Tetiba gua rasa macam artis kena interview pulak [2].

Sekarang gua jawap tag dari Ciki pulak. Apa ke gila gua jawap 2 tag dalam sehari. Gua sungguh berterima kasih kalau lu orang baca dengan berhati-hati dan bertambah-tambah perasaan nak berkenalan dengan gua. Gua rasa banyak dah tentang diri gua yang sudah gua publishkan. Tahap separuh bogel da gua ni.

Kali ini entri gua agak panjang. Soalan mengalahkan soalan objektif subjek Bahasa Melayu SPM 99.

Starting time :

1625

Current song:
Hilang - Garasi

Name :

Rambo De la Rocha


Sisters :
Nope. In-law, 1.

Brothers :

1 elder and 1 younger

Shoe size :
7. again

Height :
hmm...158. If not mistaken.

Weight:
68 kg.

Where do you live:
Equine Park.

Have you ever been on a plane:
Yerp.

Swam in the ocean:
Sure. Like it much.

Fallen asleep at school:
Always. Biasalah. Budak asrama beb.

Fell off your chair:
Hmmm...yerp.

Sat by the phone all night waiting for someone to call:
Never. Pergh, yakin!

Saved e-mails:
Yup. Business matter.

What is your room like:
Tidy but dusty.

What’s right beside you:
Office phone and box of tissue.

What is the last thing you ate:
Maruku and kuih rose/loyang/sarang lebah. Banyak nama dia ni.

Ever had...Chicken pox?:
Yerp.

Sore throat:
Sure. Hardcore smoker.

Broken nose:
Never.

Do you believe in love at first sight:
Naaaah...

Like picnics:
Sometimes. Depend on occasion.

Who was/were...The last person you danced with:
Friend.

Last made you smile:
Sock. Karekter dalam siri REAPER.

You last yelled at:
Last Monday. Sing-a-long What's The Point song from N.E.T in my car.

Today did you...Talk to someone you like:
Yerp.

Kissed anyone:
At time being, no.

Get sick:
Been a while.

Talk to an ex:
Yup.

Miss someone:
Yeah.

Who do you really hate:
hate? people or system or anything?

Do you like your hand-writing:
Sometimes.

Are your toe nails painted:
Nope. Wish to. Black

Whose bed other than yours would you rather sleep in:
No one. Mine is like heaven. Hehehe

Are you a friendly person:
Sometimes.

Do you have any pets:
No.

Do you sleep with the TV on:
Sesekali.

What are you doing right now:
Working without work.

Can you handle the truth:
Yerp. Lesson isn't it?

Are you closer to your mother or father:
My Mum.

Do you eat healthy:
Boleh la.

Do you still have pictures of you & your ex:
Yerp.

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to:
Dinding. Hahaha

Are you loud or quiet most of the time:
Loud.

Are you confident:
Uhhummm.

5 things I was doing 10 years ago
1. Culture shock. Pindah sekolah ada perempuan.
2. Rasa yang sangat honeymoon. Form 4 beb.
3. Study Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik tambahan. Shit!
4. Mengurat kakak senior.
5. Hisap rokok dengan abang senior.

5 things I would do if I were a billionaire

1. Change my car to Alfa Romeo 159 Sportwagon Ti.
2. Buka satu Rumah Kebajikan anak Yatim Piatu yang gua namakan Rumah Rambo.
3. Buka satu Futsal Arena. Dalam tu siap ada semua indoor game dengan sport cafe.
Staff sport cafe aku kena pakai jersey Arsenal setiap kali Arsenal ada game.
4. Hantar parent gua pergi Haji.
5. Tolong abang dengan adik gua.

5 of my bad habits

1. Suka minum oren susu.
2. Suka makan epal hijau.
3. Memandu laju sambil memandang langit.
4. Suka emosi sendiri sepe aku benci.
5. Suka mencari rahsia-rahsia tersembunyi

3 places I've lived/living
1. Parit Raja
2. Muar
3. Equine Park

5 person i wanna tag:
1. Endy
2. Miss Daimen
Itu je kot. Balas dendam. Muahahahaha.

Perghh! Gila panjang.

Ok. Dah mula kenal gua? Tunggu apa lagi. Sila minta nombor telefon. Lagi pun gua tengah sibuk pilih-pilih 'alien' ni. Cepat masa terhad.

Tetiba gua rasa macam artis kena interview pulak.

Mau tak nya. Gua sampai office, mahu relax-relax. Semalam penat gua mencari rezeki. Hari ini stay office untuk urusan office. Gua baru melompat dari satu blog ke satu blog. Sedar-sedar 3 orang tag gua. Tag lagi. haih.

Kang kalau gua tak buat, macam-macam fitnah terhambur. Mentang-mentang dah duduk area Lembah Klang, mula la berlagak la, lupa kawan sama-sama ngeteh la. Atau paling haru, mentang-mentang dah berduo. Sebelum segala dogma liar berleluasa, lantas gua buat.

Ok. here the deal, gua buat satu-satu ok? Mula-mula gua buat pasangan duet maut Ivan dengan Kimung dulu. Kemudian, next entri gua buat dari Ciki plak. Rajin dia orang ni hantar tuju-tuju kat gua.

1. What are you wearing?
~ Fred Perry and Levis 501.

2. What did you do last night?
~ Smoking + reading Romlah the Untold Stories + mengeteh.

3. Favorite Memory with significant other?
~ Flat tire at Durian Tunggal. Fffff!

4. Last gift received?
~ a pencil. Back to primary school. kot?

5. Describe the last picture you were in?
~ In Marilyn Manson shirt.

6. Last thing you ate?
~ Kaya and Gardenia.

7. Last thing you drank?
~ plain water.

8. What kind of underwear are you wearing?
~ Boxer.

9. What was your best vacation?
~ Hmmm...owh been a while not in vacation.

10. What are you most looking forward to in the next vacation?
~ 'Alien'. hehehe

11. What is happening around you?
~ Quiet.

12. What is your shoe size?
~ 7

13. Last event you dressed up for?
~ My ex-teammate wedding.

14. What is the most cheap thing you bought?
~ News paper.

15. What is the most expensive thing you have on right now?
~ My Alfa Romeo.

16. What is your favorite smell?
~ Citrus.

17. Is there something you really want to buy right now?
~ Yerp. A lot.

18. What are your nicknames?
~ Rambo bergaya. hahaha

19. What are your plans for today?
~ Finish my report + Mob Wars.

20. Describe your friendster picture.
~ Sitting alone at Changi Airport.

21. Describe your myspace picture.
~ Standing in the tire shop. Depan Hospital lama Batu Pahat.

22. Describe your facebook picture.
~ Sitting at my couch in living room.

23. What did you do last weekend?
~ Maskara Shorties. HUMCHAAA....!

24. Favorite brand of clothes?
~ Banana Republic? Nike? Giordano?

25. What is your ringtone?
~ Hey, Johnny Park by Foo Fighters and Red Light Indicates Doors Are Secured by Arctic Monkeys.

Haih. Penat. Dah la itu hari gua kena tanya macam-macam dengan 2nd bos besar gua time assessment. Sekarang lagi lu orang tanya gua macam-macam.

Tuesday, November 04, 2008

abcdefgHUJANopqrstuvwxyz.

*DISCLAIMER: Gua bukan peminat Hujan.

Selepas lunch break tadi, gua diberi tugasan untuk melawat kilang customer gua di kawasan Naga Keramat. Perjalanan lancar dari Bandar Sunway. Cuma bila tiba Cheras, hujan turun bertalu-talu lebatnya. Lebat yang amat. Sampai tak nampak jalan.

Lantas beberapa memori gua tentang hujan terimbau.

Zaman kanak-kanak dulu, sebelum sekolah. Gua memang suka hujan lebat. Bila hujan lebat bertalu-talu turun, gua akan lepak depan tingkap. Merenung hujan yang turun di tanah halaman gua. Gua sangat suka kerana gua nampak seolah-olah titik-titik hujan itu menari di atas tanah.

Zaman gua dah sekolah, lagi la pantang gua nampak hujan lebat. Belum sempat arwah nenek gua berpesan jangan keluar rumah, gua dah basah kuyup main kejar-kejar dalam hujan lebat. Sungai depan rumah gua lagi dah jadi rumah kedua gua kalau musim hujan. Perangai ini berlarutan sehingga gua masuk asrama.

Zaman gua belajar pun gua pantang nampak hujan. Bila hujan je, alasan kukuh untuk terus tidur daripada men’nyetat’ motor pergi kuliah. Tapi bila masa training rugby dalam waktu hujan, masing-masing laju. Masing-masing jaguh. Boleh cakap sambil keluar asap. Konon-konon luar negara. Cheh!

Zaman sekarang ini pulak, beberapa minggu lepas lebih tepat. Bila hujan bertalu-talu lebatnya, gua rasa macam mahu berdiri dalam hujan lebat itu sambil pegang lukisan rumah sambil pandang langit. Biar air hujan bertimpa-timpa ke muka gua. Macam Shidee laki si Vanida buat dalam cerita Cinta bila dia ditinggalkan Rita Rudaini. Efek hujan lunturkan lukisan itu memang A.

Sekarang ini, gua pelik. Takde dah semua segala perasaan itu. Bila masa hujan turun bertalu-talu lebatnya, gua rasa mahu makan ubi rebus cecah sambal tumis ikan bilis lawan dengan kopi ‘o’ kaw. Mana la gua nak dapat ubi waktu sekarang ni. Haih. Kemecer gua sekarang ni.

Cis, cari gaduh punya perasaan!!

Selingan; sementara gua cari idea.

Siapa minat cerita Indonesia tapi tidak tahu puisi ini memang tak true. Gua tengah berdebor nunggu gua nak kena assessment. Puisi ni tenangkan gua sambil gua flashback zaman ini. Kalau terer teka la puisi apa ni.

"Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci

Aku ngin bingar
aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh

Ah...ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai ........."

Monday, November 03, 2008

A...A, E..E, HUMCHAAA...

Semalam tengah hari, gua ada date. Ok. Budak rumah gua kata, gua pergi dating. Biasa-lah. Manusia. Bukan date. Sedikit urusan bersama makwe-agen-Prudential sebenarnya. Berlokasi di Arena Makan-Makan Jusco.

Selesai urusan, tiba masa untuk berbual-bual santai. Urusan bisnes sudah tutup. Tiada lagi perbualan urusan bisnes.

Tiba-tiba;

"Awak suka saya?" makwe-agen-Prudential soal gua.

"Erk! Suka." jawap gua sedikit cemas.

"Kenapa awak suka saya?"

"Sebab awak comel."

"Kalau saya tak comel, awak suka saya tak?" tanya makwe-agen-Prudential lagi.

"Suka jugak."

"Kenapa?"

"Sebab mata awak besar."

Pause.

"Awak suka saya tak?" Makwe-agen-Prudential tanya lagi.

"Sukeeee."

"kenapa?"

"sebab...awak bijak" gua jawap ikhlas.

"kalau saya tak berapa bijak, awak suka jugak?"

"Suka jugak." gua jawap sambil sengih-sengih.

Tiba-tiba, sayup-sayup dalam hingar-bingar Arena Makan-Makan itu, telinga lintah gua dapat kesan satu bunyi yang sangat gua familiar.

Tit...tit...tit...tit...tit....

Meleret-leret bunyinya.

Gua celik mata, gua capai telefon mudah alih gua. Picit button STOP ALARM.

Cilakak! macam mana gua boleh mimpi apply dialog si Pipi dengan makwenye-yang-alien itu dalam cerita My Alien Girlfriend terhadap diri gua dengan makwe-agen-Prudential. Nasib baik gua tak buat gaya-gaya permainan Humchaaa itu sekali.

Lantas gua keliru sampai sekarang.

Saturday, November 01, 2008

Gua sungguh benci bila gua seorang diri sebab Lucifer akan temankan gua dan meracuni fikiran gua.

Memang lumrah manusia itu tidak pernah puas. Gua tidak pasti samaada semua orang atau sesetengah orang. Yang pasti ini hari gua ada perasaan demikian yang melibatkan karier gua.

Mungkin juga sifat diri gua yang banyak kekurangan ini menjadikan gua selalu ingin meraih sesuatu yang lebih baik untuk masa depan.

Gua sudah berkarier yang sesetengah orang akan memandang dalam pekerjaan kelas A. Mungkin. Orang cakap. Gua rasa sama je. Diri gua yang dulu dari pelajar ke kutu, sampai la hari ini. Gua rasa sama je.

Perasaan ini bermula seawal pagi selepas gua celik mata. Hari Sabtu. Rakan serumah gua semua kerja. Gua keseorangan di rumah. Apalagi pilihan yang gua ada selepas sarapan oren susu dengan roti selain layan peti tivi.

Sudah selesai gua gelak sorang-sorang macam orang gila layan The Simpson Halloween Marathon yang gua rakam sejak malam tadi, gua tertonton drama lakonan Scha dengan Irma Hasmie di Astro Ria. Irma Hasmie ok.

Ada satu babak buat gua iri hati. Envy. Jealous.

Bukan berkaitan dengan lakonan minah-minah comel ok. Cumanya, ada mamat macho entah apa nama dia bekerja sebagai Technical Person di Air Asia. Yang bidang kerjanya melibatkan penyelenggaraan enjin pesawat Air Asia.

Oh, sangat bergaya bidang kerja ini!

Atau bahasa mudahnya mekanik kapal terbang. Gua sangat envy dengan ini kerja. Gua memang minat bab-bab jadi Mcgyver ini. Gua juga pernah tulis dalam satu borang masa sekolah rendah dulu, dalam collumn cita-cita gua untuk menjadi mekanik.

Tiba-tiba gua rasa mahu tukar kerja. Jauh dalam hati gua berbisik agar tinggalkan kerja gua ini. Apply jadi mekanik kapal terbang. Sepanjang zaman gua jadi kutu dulu adalah beberapa kali gua apply untuk position mekanik kapal terbang ini. Tapi, keputusan yang mengecewakan.

Gua rasa jiwa gua memang A dekat kerja mekanik kapal terbang ini.

Celaka punya Lucifer racun gua pindah kerja!!