Sunday, January 17, 2010

Di bumi Nippon sudah.

Perjalanan gua ke Jepun kali ini paling lama. Naik kapal terbang paling besar dalam dunia pun masih lambat. Harap ada 4 enjin je lebih. Masih lagi delay. Sepatutnya, gua terbang 1145 malam tadi, tapi, disebabkan oleh technical problem, delay sejam.

Sudahnya, gua mula terbang dari ruang angkasa Singapura jam 0045. Sampai ke Jepun pukul 8 pagi. Dengan muka sembab, perut memulas-mulas, gua buat muka paling ceria sambil ucap selamat pagi dengan nada paling gembira. Biar pegawai imigresen tu tak banyak soal gua. Berjaya!

Jejak kaki luar dari lapangan terbang antarabangsa Narita, mulut gua terus keluar asap secara langsung. Kali ini, suhu dia dalam 6 - 9 darjah celsius. Sinar matahari, sikit tak bagi effect. Nasib baik gua dah standby jaket belon siap-siap, tak la sejuk sangat gua.

Rupa-rupanya, gua baru perasan gua belum mandi sejak pukul 4 petang semalam. Padan la muka gua rasa tak fresh. Haram btoi!

Pandangan dari bilik hotel gua. Kejap lagi, gua nak usha CD Toe kat kedai bawah tu.

10 comments:

balqissy said...

waah~ teringin sgt nk g japan. karang2 pergi jugak, insyaAllah :D

FreDDy O7ermars™ said...

bo..

kirim rokok sevenstar 2 kotak he he

er..kalau jumpa maria ozawa tu nanti lu kasi tarbiah sket sama dia..

kat hotel lu tinggal tu mesti ada dua tiga pornstar tengah berlakon tu..kalau bunyi2 bising yang pelik tu biasala bo..hehe

Lelaki Autumn said...

kim slaam kat geisha2 kat sana yer..

laki cikgu kimia said...

tlg hadiahkan maria sehelai tudung bo..

Rajuna said...

bo.
please. ingat parit raja sikit.

p/s: nak jajan.

frH said...

bape lama oit?

blah la. bile nak g sale RHS? aku dah semangat dah ni.

Lil^GriZzLe said...

GUA BETUL2 JELES. hah! sampai caps lock kau. hehe.

jepun area mana lu lepak beb?

Rembo said...

Balkis - insyallah. day will come.

freddy - seven star eh? ha ha ha antara rokok yg boleh masuk tekak gua. lain rasa kertas mahjong gulung.

autumn - dah takde dah. gua cari dari 2 tahun sudah.

nas - gua lupa pulak nk beli tudung dari malaysia.

juna - luar negara beb. Lupa diri kejap la. ha ha ha

frh - smpi 26 jan. mana sempat beb. lu gi dulu la. he he he.

jiha - he he he. suburb tokyo. dalam 30 minit naik MRT ke Shinjuku.

dewajiwa said...

gila cemburu gua. cis.
ole-ole ada?

Rembo said...

ole ole tu bukan kuih kat malaysia ke? he he he