Wednesday, January 06, 2010

Surat pilihan minggu ini.

Salam doktor,

Tahun 2010 ini, umur saya dah masuk 28 tahun. Kalau kira tahun, kira bulan, lambat lagi nak sampai 28 tahun. Tapi, selalunya, orang keliru. Ramai yang cakap saya ini macam budak umur 24 tahun. Tak apa, saya ok je.

Saya ini pun bukan besar mana pun. Kecil comel. Tinggi, memang tak tinggi mana. Kalau beli MTB pun saiz S atau 14.5 inci atau 15 inci. Baru ngam. Perangai pun stail tak fikir masa depan sangat. Memang ngam dengan budak perangai umur 24 tahun.

Mengikut teori sains dalam kepala saya, se-umur begini, mesti pertumbuhan saya dah tak tumbuh-tumbuh lagi dah. Production untuk tinggi dah stop. Tapi production untuk mengembang still going on. Betul tak doktor?

Seingat saya doktor, cikgu Biologi saya dulu cakap, selagi gigi bongsu belum keluar empat empat, maknanya pertumbuhan masih belum berhenti. Masih boleh tinggi lagi. Kira masih ada harapan untuk jadi tinggi macam Dave Grohl. Tapi, masalahnya, sekarang ini doktor, saya lupa sama ada gigi bongsu saya dah habis tumbuh ke belum.

Beberapa tahun lepas, saya pasrah. Saya anggap pertumbuhan gua dah stop. Manjang nak ukur tinggi dekat shopping kompleks, rasa malu la pula, doktor. Dah bekerjaya ni, mana ada program timbang berat badan dengan ukur tinggi setiap bulan macam time sekolah rendah dulu.

Sekarang ini, saya tengah duk fikir, makin hari, apahal jeans yang gua pakai buat kerja ini semakin singkat?

Tolong beri sedikit penjelasan doktor.

Ingin kepastian,
Pemuda Keliru BP

6 comments:

dewajiwa said...

best nama Pemuda Keliru tu. hahaha.
seluar jeans kan pandai kecut kembang ikut musim. tunggu aa musim panas nanti kembang panjanglah dia.

i'm the girL said...

poyo nye pemuda keliru ini.. hik~

Lil^GriZzLe said...

kah kah kah. bajet dah tinggi.

eh gigi bongsu aku pun tak tumbuh semua lagi. jeng3! *ada harapan nih :P

Rembo said...

dewa - gua dah masuk 2 tahun pakai, tiba-tiba buat perangai pula.

aje - eh, yke?

jiha - ha ha ha. kompem?

iyan said...

jgn beli frame size S...
kang kalau lu da tinggi mcm mn?

Rembo said...

btol gak tu. takpe BBS ada apa.
keh keh keh