Saturday, January 09, 2010

Superior tu takkan ke mana.

Malam tadi. Lebih kurang pukul 7.30 waktu Batam, 8.30 waktu Malaysia, tengah sedap sedap gua layan TV, lepas penat jalan seorang diri, kesana kemari, utara selatan Nagoya Hill gua jalan, sambil layan brownies, rasa nak menitik air mata bila tengok berita.

Ada tiga gereja kena bakar dalam negara gua.

Nak tersembur brownies ber salut keju gua. Terkejut!

Yang 'report' kat gua pun orang negara lain. Orang Singapura, berita dari Singapura. Dalam kejauhan gua rasa sedih. Sedih dengan sikap orang bodoh dan juga orang rasa hebat. Sikap superior yang melampau.

Come on.

Nak pertahankan agama bukan itu caranya. Kita tak pernah diajar untuk bersikap zalim dengan agama lain.

Sekarang ini, gua pasti ada dua golongan. Golongan yang menentang pembakaran gereja dan juga golongan yang dalam hati secara senyap menyokong pembakaran gereja. Mesti. Mesti ada punya.

Gua tak nak cerita pasal golongan yang menentang.

Golongan yang menyokong, kalau lu baca ini entri, gua bagi lu satu ayat.

Bukankah Allah itu juga yang meniupkan roh ke dalam jasad orang yang berlainan agama dengan kita? Kan? Tak kisah la agama Hindu ke, Buddha ke, Kristian ke, tak ada agama ke, orang yang sembah matahari ke, bulan ke. Kenapa mesti merusuh tak tentu pasal?

Sedih gua ramai sangat orang tak guna akal sekarang ni. Gua nak tulis bodoh besar besar kang ada mulut yang kata gua ni macam pandai sangat.

Haih.

5 comments:

Anonymous said...

gua percaya Malaysia ni takde extrimis agama. Ini sume berlaku pasti ada yang merancangnya dan pastinya bukan tujuan mempertahankan agama. Malaysia ada banyak isu yang perlu ditengelam hilangkan...pendapat gua lah

Anonymous said...

nasib baik gua agnostic

cinonet said...
This comment has been removed by the author.
laki cikgu kimia said...

gua setuju dengan lu bo. kata highest subjek p. islam. mesti la gua follow..

iyan said...

gua lantik lu jadi biro tata agama cawangan equine...